Campuran Lemon, Bawang Putih Dan Halia Untuk Kurus Dan Detox


Nak kurus + perut kempis + buang toksin + buang air lawas + untuk dalaman wanita + buang angin + badan ringan etc, tak yah susah2 beli jamu/detox atau herba apa2 yang kite xtau entah bahan dari mana. Jadi cuba resepi traditional ni baik untuk luar dan dalam wanita. Cuma guna 3 jenis bahan semulajadi jer..

BAHAN-BAHAN
3 biji lemon dihiris nipis ( jangan buang kulit. sebab kulit banyak khasiat
1 labu bawang putih ( dibuang kulit )
2 inci halia ( sebesar ibu jari kaki )
*lemon tu beli yg tempatan. Jangan beli yang diimport ( dh disembur bahan kimia) sb rasa agak pahit. nak kurang pahit campur dengan madu.
*Jangan risau pasal bau bawang sbb bau akan hilang bila dh campur dengan bahan lain.
*mommy bf boleh minum dan yang best, badan terasa ringan je. dah minum jadi ketagih pulak 🤣

CARA PENYEDIAAN
1. hiris nipis2 lemon, bwg putih dan halia
2. campur bahan2 yg dihiris tadi bersama 1.5 liter air
3. rebus selama 3-5 jam ( slow cooker )
4. sejukkan dan blend 
5. tapis or tak terpulang. sy tak tapis 😅
6. lepastu dh boleh minum

CARA MINUM
1/2 @ 1 cwn air lemon + skit madu
ambil pagi (sblm breakfast minum suam) atau tghari lps makan (bole minum time sejuk sebagai detoks) dan malam (minum suam 1-2 jam sebelum tido)
selebihnya simpan dalam peti ais (3-4 hari) dan amalkan setiap hari

KHASIAT
1) Minum air lemon sblm makan/minum apa2 pada waktu pagi dpt fine tune sistem penghadaman kita dan mencegah drpd masalah spt perut kembung, angin, dan heartburn.

2) Lemon ni bersifat antiseptik dan mmg terror dlm "membersihkan" hati kita (bukan masalah emosi ye..haha), selain buah pinggang dan darah kita. Kiranya, kita akan berasa lagi selesa dan lebih bertenaga! 

3) Lemon merupakan sumber vitamin C yg utama. Kalo kita minum pagi2 lagi, kita dh xyah risau utk memenuhi kuota vitamin C kita. Lemon juga kaya dgn mineral spt potassium, kalsium dan magnesium. 

4) Ramai yg ingt lemon ni ada acidic effect dlm badan kita. Tp sebenarnya keadaan ini ditentukan oleh cara kita amalkannya. Kalo kita amalkannya sebelum makan apa2, lemon sebenarnya dpt mengalkalikan badan kita, iaitu pH dlm badan kita dpt diseimbangkan. 

5) Of course, kalo sebut ttg vitamin C, mestilah efeknya pada kulit kita pun bagus. Kulit kita akan jadi lg cantik, bukan saja sbb vitamic C dia, tapi kebaikan lemon yg ada efek antibiotik, antioxidant dan cleansing secara keseluruhan.

Catat Ulasan for "Campuran Lemon, Bawang Putih Dan Halia Untuk Kurus Dan Detox"

Lagi Artikel Menarik...