Kalendar Akademik Dan Cuti Sekolah KPM Tahun 2026

Kalendar Akademik Dan Cuti Sekolah KPM Tahun 2026

KPM memaklumkan telah mengeluarkan Kalendar Akademik Tahun 2026 bagi sekolah Kumpulan A meliputi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula 11 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026.

Manakala Kumpulan B meliputi negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bermula 12 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026.

Selain itu, KPM turut menyelaraskan tarikh-tarikh bagi cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolah tahun 2026 melibatkan sambutan dan perayaan.

Antaranya Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Pesta Keamatan, Hari Gawai Dayak dan Hari Krismas.

"Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama bagi Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali. Peruntukan cuti tambahan berkenaan tidak perlu diganti," maklum kenyataan itu.

Berikut jadual dikeluarkan KPM;





Catat Ulasan for "Kalendar Akademik Dan Cuti Sekolah KPM Tahun 2026"

Lagi Artikel Menarik...